Monday 14 May 2012

KENALI GOUT



Gout telah ditakrifkan sebagai salah satu daripada penyakit reumatik yang paling menyakitkan. Ia disebabkan oleh pemendapan kristal asid urik dalam tisu penghubung, joint spaces, atau kedua-duanya, dan juga boleh disebabkan oleh gangguan metabolisme asid urik. Ia disebabkan oleh sama ada berlebihan, atau kurang pengeluaran asid urik dan biasanya ditunjukkan melalui artritis hyperuricemia, akut atau kronik berulang, dan monosodium urates.

Gout berlaku hanya pada manusia di mana terdapat campuran terlarut asid urikDi bawah keadaan normalasid urik disebarkan dalam darah dan melalui buah pinggang dan ke dalam air kencing untuk dihapuskanJumlah asid urik yang terkumpul pada lelaki adalah kira-kira 1,200 mg dan pada wanita,kira-kira 600mgNilai-nilai ini meningkat beberapa kali ganda dalam individu yang mempunyai gout.

Kajian ke atas penduduk dunia telah menunjukkan bahawa kepekatan serum asid urik (dan seterusnya risiko berlaku goutberkaitan dengan usiaserum creatinine, Blood Urea Nitrogen* (BUN), jantina lelakitekanan darahberat badan dan kekerapan pengambilan alkohol. Biasanya risiko gout akan meningkat seiring dengan peningkatan usiaterutama di kalangan lelaki(1) Lelaki dipengaruhi oleh gout kira-kira 10 kali ganda lebih tinggi daripada wanitaWalaupun tidak ada penanda aras genetik  dikhaskan untuk gout, terdapat tanda-tanda yang kuat bahawa ia terbentuk daripada interaksi antara faktor genetik dan persekitaran.

Hyperuricemia boleh terjadi apabila pesakit makan terlalu banyak makanan yang tinggi kandungan purin seperti hati, kacang pea dan kering, ikan bilis dan gulaiHyperuricemia bukanlah satu penyakit dan oleh itu ia tidak berbahaya.

Purin di mana asid urik dihasilkan terhasil dari tiga sumberpurin pemakananpenukaran tisu asid nukleik kepada nukleotida purindan de novo synthesis purin asas Purin yang berasal dari tiga sumber ini memasuki laluan metabolik yang samayang membawa kepada sama ada pengeluaran asid nukleik atau asid urikAsid urik boleh berkumpul secara berlebihan jika proses pengeluarannya melebihi proses perkumuhan(2) Beberapa sistem enzim mengawal metabolisme purindan kekurangan sebahagian daripada satu atau lebih enzim boleh menyebabkan hyperuricemia yang ketara kepada individuAsid urik juga boleh berlebihan akibat peningkatan tisu asid nukleikseperti dengan gangguan myeloproliferative (sum-sum tulang dimana berlaku pengeluaran sel berlebihan) dan lymphoproliferative (pengeluaran sel darah putih berlebihan).



Asid urik tidak berkumpul sekiranya kuantiti pengeluaran diseimbangkan dengan kuantiti perkumuhanKira-kira dua pertiga daripada asid urik dihapuskan melalui buah pinggangBaki satu pertiga dihapuskan melalui saluran GI (perut) selepas kemusnahan enzim oleh bakteria kolonHampir semua asid urik dalam plasma ditapis seluruh glomeruli (saluran darah).

Individu yang mempunyai simptom penyakit di bawah mempunyai risiko gout yang tinggi. Sebahagian daripadanya berkaitan dengan Hyperuricemia:

a)  diabetic ketoacidosis (komplikasi penyakit kencing manis)
b)  obesity (kegemukan)
c)  myeloproliferative disorder (pengeluaran sel berlebihan dalam sum-sum tulang)
d)  sarcoidosis (keradangan kronik pada sel)



*Blood Urea Nitrogen(BUN)
Urea ialah satu sebatian yang mengandungi nitrogen, adalah sisa buangan yang dihasilkan setelah sel menggunakan kandungan protin. Kebiasaannya, buah pinggang yang sihat akan mengeluarkan urea dari darah dan memasukkannya ke dalam urin untuk dibuang dari tubuh badan. Jadi, kandungan urea akan berkumpul di dalam badan apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan baik.
Sebuah desiliter darah mengandungi 7-20 miligram urea. Jika ujianBUN menunjukkan lebih dari 20 mg/dl, maka ia menjadi tanda bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu. Penghidratan dan juga kegagalan jantung boleh menyebabkan BUN menjadi tinggi.

Rawatan Gout



1. Alfalfa - merupakan detox semulajadi yang menyingkirkan toksik (Asid Urik) secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.






2. Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik.




3. Fiber Unflavored -  mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang berfungsi untuk menyerap lebihan gula dan lemak dari badan dan menyingkirkannya melalui proses perkumuhan.




                      4. Omega - mengelakkan rasa kepanasan pada  
                      sendi-sendi pesakit.






















* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment